13
Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai, 30, menggayakan rekaan fesyen terkenal dunia menerusi majalah InStyle.
Bukan edisi tempatan, tetapi liputan fesyen (fashion spread) yang diterima Yuna adalah dalam edisi Amerika Syarikat untuk bulan Ogos.
Menurut laporan Astro Awani, foto pelantun Terukir Di Bintang itu dirakam oleh jurugambar terkemuka Joachim Mueller Ruchholtz.
Beliau muncul dalam lapan muka surat majalah berkenaan sambil menggayakan pakaian dan aksesori dari jenama rumah fesyen terkemuka dunia seperti Fendi dan J.Crew.
Sebelum ini, penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah itu ada memuat naik beberapa keping gambar dari sesi penggambaran bersama majalah tersebut, ke akaun Instagramnya.