Wak dan Azrinaz putus tunang?

Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor, 35, meluahkan perasaan sedih dalam Twitter miliknya dan ramai pengikut dia memberi respons agar dia tabah dengan ujian hidup itu.

“Semua sudah suratan takdir. Terima sahajalah dengan hati yang terbuka. Sampai di sini saja jodoh kita. #hidupmestiditeruskan,” luahnya dalam status Twitternya pada Isnin.

Wak bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai status berkenaan sehingga kini, kerana dikhabarkan dia kini berada di Jakarta.

Difahamkan Wak kini berada di Jakarta bagi mempromosikan produk keluarannya Legasi Wak Doyok.

Pada Julai lalu, Wak Doyok dikhabarkan mengikat tali pertunangan dengan Azrinaz dalam sebuah majlis tertutup di ibu negara.

 

Related Articles