Perkara itu disedari pada Khamis apabila dia menukar ‘gambar profile’ di laman Instagram miliknya @uqashasenrose2.
Uqasha bagaimanapun tidak menjelaskan apa-apa mengenai penamilan itu meskipun dihujani pertanyaan daripada pengikutnya.
Terdahulu, pelakon Tundukkan Playboy Itu mengejutkan peminat industri seni tanah air apabila mengaku membuat ‘u-turn’ kepada penampilan asal setelah berhijab selama tiga tahun.
Uqasha, 23, berkata dia sedia bertanggungjawab atas tindakannya dan menerima apa saja kemungkinan selepas mengaku tidak lagi berhijab termasuk cercaan dan kecaman netizen.
“Atas apa alasanpun, saya mengaku khilaf ini datang daripada diri sendiri. Soal dosa dan pahala itu biarlah antara diri ini dengan Tuhan.
“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang”, katanya sebelum ini.