Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 24, berkata dia lebih selesa menutup mulut berbanding mengulas lanjut cerita hubungannya dengan Tengku Bakar.
Menurut laporan BH Online, selain tidak bercerita mengenai hubungan itu, dia juga meminta masyarakat memahami keadaannya.
“Lebih elok sekiranya saya tidak mengulas apa-apa mengenai hal itu.
“Saya berharap semua pihak dapat memahami situasi saya,” katanya seperti yang dilaporkan BH online.
Sebelum ini, Uqasha dan Tengku Bakar yang juga ahli perniagaan dilihat sering memuat naik gambar mereka berdua menerusi akaun Instagram masing-masing.
Tengku Bakar juga dikatakan antara individu utama yang bertanggungjawab merancang dan merealisasikan majlis sambutan ulang tahun Uqasha yang ke-24, baru-baru ini.