Tolak pelawaan wanita VIP, Remy Ishak dakwa diugut bunuh

Memetik sumber seperti yang dilapor Harian Metro, kejadian itu berpunca daripada wanita yang dikatakan dari pantai timur itu mengajak Remy menjalankan perniagaan pada Mei lalu.

Remy menerima ugutan melalui panggilan telefon Isnin lalu apabila dihubungi seorang lelaki, dipercayai “orang suruhan” wanita terbabit.

“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan.

“Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya,” kata sumber.

Remy atau namanya sebenar Mohammad Zalimei Ishak bagaimanapun sempat merakam perbualan dan terus membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya.

Katanya, sebelum ini Remy juga pernah menerima beberapa ugutan daripada individu sama tetapi tidak menjelaskan bentuk ugutan yang diterima.

“Malah pelakon itu juga pernah membuat laporan polis berhubung ugutan yang diterimanya sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,” katanya.

Ketua Polis Serdang ACP Megat Alias ketika dihubungi akhbar itu mengesahkan laporan dan sedang membuat siasatan.

Remy bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Related Articles