“Tiada majlis besar, akad nikah di rumah saja” – Nora Danish

Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 36, berkata, dia tidak akan membuat sebarang sidang media untuk menguar-uarkan tentang perkahwinan mereka kepada umum.

“Insya-Allah, saya tidak mahu cakap bila (kahwin) kerana perkara ini sudah berkali-kali saya kata nak kahwin dan tidak juga jadi. Kalau kali ini jadi, saya tidak akan buat sebarang sidang media kerana tiada majlis besar-besaran.

“Cukuplah akad nikah sahaja secara kecil-kecilan yang berlangsung di rumah, tiada majlis pertunangan dan sebarang hantaran,” ujarnya memetik laporan mStar Online.

Nora dan Nedim dilaporan sudah tigat tahun menjalinkan hubungan cinta.

Pelakon filem Suami Aku Ustaz sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli, anak bekas menteri besar Perak yang dikenali ramai sebagai Jejai, pada 2006 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Putra Rayqal, 8.

Related Articles