Tahniah! Syamsul Yusof sahkan isteri hamil

Kata Syamsul, kandungan yang berusia hampir tiga bulan itu dirahsiakan kepada umum kerana masih di peringkat awal.

Bagaimana pun, Syamsul sebelum ini pernah memberi bayangan bakal menyambut orang ketiga tahun hadapan pada ucapan kemenangan filem Munafik dalam Festival Filem Malaysia ke-28 yang lalu.

“Sebenarnya saya tak mahu beritahu orang lain sebab bimbangkan kandungan Sarah masih di peringkat awal .

Malahan, saya hanya memberitahu ayah dan ibu saya pada raya haji yang lalu. Tak sampai hati nak berahsia lebih lama bila melihat ayah saya bermain-main dengan cucu dia yang lain,” kata Syamsul, memetik laporan Utusan Malaysia.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada Mac 2014 dan pernah mengalami saat duka apabila Sarah keguguran pada awal perkahwinan mereka.

“Kali ini saya meminta Sarah mengurangkan kerja-kerjanya di butik agar dapat berehat dan menjaga kandungan sepenuhnya. Kami mengambil tambahan pekerja agar Sarah tidak perlu ke butik di Bangsar setiap hari.

“Saya juga tak izinkan dia berlakon ketika hamil ini.

“Saya sendiri membantu menjaga kandungan Sarah dengan menyediakan pemakanan yang sihat sesuai dengan wanita hamil. Kena banyak-banyak bersabar jugalah!” kata Syamsul.

Syamsul berada di Jakarta bagi menghadiri tayangan perdana filem Munafik yang akan ditayangkan di seluruh Indonesia bermula 5 Oktober ini.

Related Articles