22
Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru kira-kira pukul 10.40 pagi untuk dimandikan dan dikafankan, seterusnya disembahyangkan selepas solat Jumaat.
Turut kelihatan memberi penghormatan terakhir ialah Datuk M. Nasir, Uji Rashid, Datuk Jeffrydin, Zack Kool, Ali Bakar, Herman Tino dan Datuk M. Daud Kilau.
Sementara itu, lebih 200 orang ahli keluarga terdekat dan sahabat handai juga hadir menziarahi jenazah.
Allahyarham meninggal dunia di rumah anaknya di Sering Ukay, Ulu Klang pada pukul 5.45 petang semalam akibat sakit tua.