19
Menurut anaknya, Sheikh Shamsul, 51, ketika pukul 8 malam, ayahnya sedar seketika tetapi tidak mampu berkomunikasi dan tidak mengenali sesiapa.
“Buat masa sekarang keadaan dia masih tidak stabil dan kita adik beradik semua berserah kepada Allah,” katanya.
Keadaan SM Salim mula tenat sejak pukul 10 malam Rabu sehingga diberi bantuan pernafasan kerana sukar untuk bernafas, memetik Utusan Online.