‘Konsert Kurnia Slam’ berdurasi 2 jam yang berlangsung di StarXpo Centre, Kenanga Wholesale City itu ternyata dapat mengubat kerinduan peminat Slam setelah menyepi selama 20 tahun.
Kerinduan peminat terubat dengan lagu-lagu yaang pernah mengangkat nama kumpulan Slaam di persada seni tanah air satu ketika dahulu seperti Gerimis Mengundang, Kembali Merindu, Kembali Terjalin dan banyak lagi.
Lagu-lagu tiu nyata mengimbau kembali kenangan ketika era kegemilangan Slam satu ketika dahulu dan memberi kepuasan kepada hampir 5 ribu penonton yang datang untuk menyaksikan persembahan mereka.
Kekuatan vokal Zamani yang masih seperti dahulu dan aksi bersahaja dari ahli Slam yang lain nyata memukau penonton pada malam itu.
Konsert semalam juga dihiasi dengan persembahan selingan daripada artis-artis pelapis tanah air seperti Hazama dan Ronnie Hussien.
Konsert ini dibawakan khas oleh Urban Creative Synergy ini adalah konsert berskala mega Kumpulan Slam yang ketiga selepas Konsert Grand Slam (2006) dan Konsert Live Kembali Merindu in Singapore (2012).
Moment terindah apabila diakhir konsert, Zamani dan rakan artis yang lain menyanyikan lagi berhantu mereka ‘Gerimis Mengundang’.
Antara artis yang hadir sama pada malam tadi bagi memberikan sokongan ialah Shaheizy Sam, Zizan Razak, Black, Amir Ukays dan ramai lagi.