Anak kelahiran Pahang itu berjaya memahat nama dalam kategori Album Terbaik menerusi Datuk Siti Nurhaliza Unplugged dan Lagu Nasyid Terbaik menerusi lagu Mikraj Cinta ciptaan Hafiz Hamidun dan lirik ditulis Fedtri Yahya dan Siti Nurhaliza sendiri.
Siti Nurhaliza juga memegang rekod 13 tahun dalam kategori Persembahan Vokal Wanita Terbaik Di Dalam Lagu menerusi Menatap Dalam Mimpi yang disifatkan sebagai lagu yang cukup bermakna dalam hidupnya.
Malah, lagu tersebut juga berjaya menggungguli kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan trofi kelima dirangkul menerusi kategori khas, Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.
Dalam pada itu, Faizal Tahir turut mencipta momen manis apabila berjaya menggulungi kategori Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sejati.
AIM 22 juga menyaksikan Anugerah Kembara dianugerahkan kepada Yuna di atas pencapaiannya yang berjaya menembusi pasaran negara Uncle Sam, Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, Datuk Sheila Majid pula dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sri Wirama di atas sumbangan besarnya selama 32 tahun dalam industri muzik tanah air.