Gembira dengan kehadiran menantu baharunya dalam keluarga, pelakon veteren, Khaty Fauziah menyifatkan isteri kepada anak bongsunya itu kini sudah banyak berubah.
Jelasnya, menantunya yang juga pelakon popular, Syatilla Melvin kini sudah boleh mewarisi masakannya selain mengambil tugas memasak ketika hari raya.
“Kehadiran Syatilla menyenangkan kerja. Layanan Sam pula sama tidak ada perubahan. Saya biarkan mereka sebagai suami isteri, maknanya kalau tidak betul saya tegur.
“Syatilla sudah mempelajari masakan kegemaran Sam dan juga juadah sesuai semasa hari raya. Semua itu alhamdulillah Syatilla sudah boleh.
“Lauk kegemaran Sam yang pedas-pedas seperti asam pedas, sambal tumis, nasi tomato dan ayam masak merah, semua Syatilla sudah belajar,” katanya memetik ProjekMMO.
Menjelaskan perkara itu, tuan empunya diri yang sinonim denagan drama Sha dan Shah berkata kehidupannya banyak mengalami perubahan selepas berkahwin namun mahu ia sekadar menjadi rahsia sendiri.
“Saya sudah boleh masak, tidak macam dulu tidak tahu apa-apa. Banyak perubahan yang saya dapat rasa tetapi biarlah ia rahsia untuk saya sendiri,” katanya.