Kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 31, pendiriannya tetap sama iaitu enggan bercakap soal peribadi demi memberikan fokus kepada kerjayanya sahaja.
“Saya tidak kisah apa sahaja orang fikir kini. Tetapi saya tetap tidak akan bercakap soal ini. Sama ada orang berfikir saya masih bersama (Zahirah) atau tidak perkara itu tidak penting bagi saya,” katanya, memetik Utusan Online.
Sementara itu ketika ditanya soalan mengenai perkahwinan ternyata Zul tidak menolak dia sentiasa bersedia ke arah itu.
“Mestilah saya ada berfikir soal itu, kadang melihat kawan-kawan dengan isteri dan anak saya juga mahu merasai perkara yang sama.
“Cuma buat masa ini saya yakin dengan perancangan Allah. Mungkin juga kala ini penting bagi saya memastikan kerjaya saya benar-benar stabil dahulu, bukan mudah untuk menanggung anak orang,” katanya tersenyum.