Need a privacy, sorry…, pinta Along

Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, meminta maaf dan mohon diberikan ruang buat ketika ini.
“Need a privacy, Sorry ya,” balasnya ringkas menerusi aplikasi whatsapp.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri kepada pelakon dan pelawak ditangkap bersama dengan seorang lelaki di Bukit Jalil, awal pagi Ahad.

Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa memecahkan pintu selepas menunggu hampir 30 minit di hadapan rumah berkenaan.

Penyanyi itu bersekedudukan dengan seorang lelaki berusia 30-an yang juga merupakan suami orang. – Utusan Online

Related Articles