Nazri: Kalau dah suka, kahwin saja lah

“Saya tidak ada ‘double standard’ terpulanglah kepada mereka, semuanya dah besar-besar.

“Dua-dua pernah kahwin dan ada anak,” katanya ketika ditemui Sinar Online di Parlimen.

Sebelum ini Nora mencetuskan kontroversi apabila menggayakan pakaian kahwin di laman sosial Instagram pereka fesyen, Ashraf Zainal Atelier.

Memetik laporan sebuah portal, Nora yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu, dirinya memang akan ‘berkahwin’ dengan menggayakan busana perkahwinan pereka fesyen sama.

“Saya akan melangsungkan perkahwinan di New York. Ya, saya akan berkahwin dengan Baim Wong, tak pun dengan Remy Ishak,” seloroh Nora.

Dalam pada itu Nora memberitahu, dia menggayakan pakaian berkenaan di New York bagi menjalani penggambaran sebuah drama arahan Erma Fatima.

Tambah Nazri, beliau bukan jenis yang pilih kasih kepada sesiapa.

“Tak ada kasta, masing-masing sama saja,” katanya.

Hubungan Nedim dan Nora sebelum ini putus seketika kerana menyelesaikan masalah masing-masing. – Sinar Harian

Related Articles