Muatnaik gambar bersama Azmi, Faye dikritik peminat, Elly ucap terima kasih

Meskipun menerima kritikan dan makian bertubi-tubi diruangan komen, Faye sekali lagi menegaskan dia bukanlah orang ketiga yang memusnahkan rumahtangga penyanyi itu.

“Sebetulnya, saya memberitahu Azmi untuk mempertimbangkan untuk kembali berbaik dengan Elly demi anak mereka. Tetapi dia menjelaskan bahawa perkara itu adalah mustahil berdasarkan apa yang telah berlaku di antara mereka (Azmi & Elly),” tulisnya.

Hal itu menyebabkan Faye diserang dengan komen-komen negatif oleh pengguna Instagram selain dianggap perampas.

“Perampas. Perempuan tak tau malu. Macam mana lah kau ni boleh jadi artis dah lah tak popular. Semoga satu hari nanti kau akan rasa apa yang Elly Mazlein rasa,” tulis Bellafabell.

“Tengok setakat mana hubungan awak dengan dia, kalau dekat Elly pon dia boleh buat, tak mustahil awk,” tulis Irmahidayah.

Sementara itu, Elly juga turut memuatnaik gambar beserta kapsyen mengucapkan terima kasih kepada Faye.

“Terhutang budi .. terima Kasih ya .. kakak Lina sayang kakak Faye ketat-ketat.. jaga Amzi Hatta baik-baik tau .. kakak Lina doakan kakak Faye bahagia tau .. meh cium sikit kakak Faye,” tulisnya.

Related Articles