Mohd Sufwan dinobat juara Da’i Pendakwah Nusantara

Pelajar Diploma Dakwah & Pengurusan di Kolej Universiti Islam Sultan Ahmad Shah, Pahang itu mengetepikan dua finalis lain iaitu Muhammad Nasrul Nizam Zamry,20 (Nasrul) dan Mohamad Saiful Marzuki, 18 (Saiful) pada pentas Pentas Akhir program terbitan TV3.

Menerusi kejayaan itu, Niezal membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta pakej umrah, manakala dua lagi finalis masing-masing menerima saguhati wang tunai RM5,000 setiap seorang dan trofi.

Hadiah disampaikan Mursyid Da’i musim keempat, Datuk Kazim Elias.

Related Articles