Mengaku bercinta dengan bekas suami Elly Mazlein, Faye nafi jadi orang ketiga

Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 29, bagaimanapun menafikan bahawa dia menjadi penyebab keruntuhan pasangan berkenaan Oktober tahun lalu.

“Saya mengakui berkawan rapat dengan Azmi tetapi ia berlaku sejak Disember tahun lalu iaitu kira-kira dua bulan selepas mereka bercerai. Saya menafikan menjadi punca perceraian mereka.

“Ketika perceraian mereka saya sedang bercinta dengan orang lain dan selepas saya putus cinta barulah saya kenal Azmi. Itu pun selepas saya meminta Azmi menunjukkan bukti perceraiannya.

“Saya tidak akan rapat dengan dia jika saya tahu dia masih suami orang,” ujarnya, memetik mStar Online.

Dia berkata demikian selepas tidak tahan dengan tuduhan kononnya dia menjadi punca perceraian Elly Mazlein dengan pemuda tersebut.

Azmi dan Elly hercerai pada 15 Oktober 2015 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, dekat sini iaitu kira-kira 11 bulan berumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mac lalu.

Related Articles