Masalah kemurungan, Selena Gomez berehat sementara

Memetik laporan Portal CNN, penyanyi berusia 24 tahun itu memberitahu bahawa masalah kesihatan mental itu adalah kesan sampingan penyakit Lupus yang dihidapinya.

Oleh itu, Selena berkata dia kini memerlukan masa untuk menjaga tubuh dan kesihatannya.

“Seperti yang anda tahu, saya mendedahkan bahawa saya menghidapi Lupus, suatu penyakit yang boleh memberi kesan kepada pesakit dengan cara yang berbeza.

“Saya telah mendapati bahawa serangan panik dan kemurungan adalah antara kesan sampingan Lupus, yang boleh mencabar diri pesakit.

“Saya mahu menjadi proaktif dan beri tumpuan untuk mengekalkan kesihatan dan kebahagiaan saya. Oleh itu, saya memutuskan untuk berehat sementara,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak memaklumkan tempoh cuti yang bakal diambil.

Konsert jelajahnya, Revival di beberapa negara terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga keadaan dirinya pulih seperti biasa.

Related Articles