Mahkamah benar rayuan bekas pengurus kes saman Zizan

Ia berhubung dakwaan melanggar kontrak pengurusan yang ditandatanganinya.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar membenarkan rayuan Marina selaku plaintif selepas keputusan Mahkamah Sesyen pada 4 April lalu yang menolak tuntutan samannya.

Peguam Harjit Singh Sandhu yang mewakili Marina ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas berdasarkan kepada perjanjian antara kedua belah pihak pada 3 Mei 2011, Marina adalah pengurus kepada Zizan.

Harjit berkata, sehubungan itu mahkamah memutuskan Marina berhak untuk mendapat 15 peratus ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain sepanjang tempoh empat tahun berdasarkan perjanjian terbabit.

Mahkamah kemudian memerintahkan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abd. Razak yang merupakan defendan membayar kos sebanyak RM10,000.

Related Articles