Madame Tussauds pisahkan patung lilin Brangelina

Seorang jurucakap muzium lilin berkenaan di London berkata, tindakan mereka mencerminkan perpisahan antara Jolie dan Pitt, yang didedahkan pasa Selasa.

Beliau berkata, patung lilin itu “kini dipaparkan dalam keadaan berjauhan antara satu sama lain.”

Patung Jolie diletakkan berhampiran Nicole Kidman manakala Pitt dibariskan bersama gandingannya dalam beberapa filem, Morgan Freeman.

Patung lilin keduanya dipaparkan pada 2013, sempena meraikan ulang tahun ke-50 Pitt. – AP

Related Articles