Berkata kepada Utusan Online, kira-kira lima minggu lalu ketika berada di Alabama, Amerika Syarikat, dia digigit labah-labah, bukan laki-laki.
“Ketika itu saya sedang mengikuti siri jelajah mempromosikan produk seni saya. Bangkit saja daripada tidur, saya baru saya sedar ada kesan lebam dan bengkak di dahi, leher, tangan dan kaki.
“Awalnya ia nampak seperti bisul, sehingga ke hari ini masih nampak kesannya. Sekarang tinggal parut sahaja. Mungkin kulit saya alergi dengan serangga,” katanya, memetik Utusan Online.
Petang tadi, sekeping gambar Yuna tersebar di laman sosial menampakkan lehernya terdapat kesan-kesan lebam seperti gigitan cinta seperti yang didakwa netizen.
Tambah Yuna, tuduhan tersebut sangat kelakar dan melampau, malah menyatakan pendiriannya yang masih tahu akan batas-batas yang perlu dijaga.