Menurut pelakon Mean Girls itu, dia tidak berniat untuk mencari publisiti ketika dirakam memengang al-Quran tahun lalu di New York.
“Saya hanya memengang buku agama, namun masyarakat Amerika tidak menyukakannya. Mereka menilai saya kerana itu dan berkata perkara-perkara tidak baik. Al-Quran satu ketenangan dan satu perkara selamat yang saya ada,” katanya kepada pengacara rancangan itu Shoain Rashid.
Dalam temubual itu juga, Lohan menjelaskan bagaimana dia pernah solat dan berpuasa pada bulan Ramadan.
“Saya berpuasa selama tiga hari dengan rakan saya dari Kuwait, ia adalah sukar tetapi menyeronokkan,” ujarnya
Pelakon itu juga berkata, dia turut membaca 15 muka surat terjemahan al-Quran dan turut berlatih menulis beberapa ayat dalam bahasa Arab juga.
“Saya juga mendengar bacaan al-Quran di telefon bimbit saya. Saya mempunyai aplikasinya,” tambahnya.
Ketika ditanya Rashid mengenai perasaan ketika membaca al-Quran, Lohan berkata, dia berasa tenang.
Bagaimanapun, Lohan tidak mengesahkan mahupun menafikan sama ada dia memeluk Islam.