Kuasa Imuniti selamatkan Gmie, Zur Eda tersingkir

Bagaimanapun, penaja premium rancangan berkenaan telah menyerap masuk Gmie menerusi kuasa imuniti yang ada pada Datuk Seri Vida.

Ia sekali gus meletakkan Gmie layak ke peringkat separuh akhir minggu hadapan.

Daripada keputusan imuniti itu, Zur Eda yang menyampaikan lagu berjudul Ah Rindu Lagi nyanyian asal Amelina diumumkan tersingkir pada konsert minggu ini.

Gmie yang menyampaikan lagu Titian Perjalanan nyanyian XPDC menerima pujian daripada juri bagaimanapun mendapat markah rendah.

Dengan penyingkiran tersebut, tujuh orang peserta iaitu Ameng, Azharina, Nora, Intan Sarafina, Zarul, Gmie dan Siti Sarah layak ke peringkat separuh akhir.

Sementara itu, buat pertama kalinya Nora memenangi anugerah Persembahan Pentas Paling Menyengat menerusi lagu Bring Me To Life nyanyian Evanescence.

Seperti dua musim terdahulu, Gegar Vaganza menampilkan Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap.

Manakala pengarah popular, Mamat Khalid tampil sebagai juri jemputan pada konsert minggu ini.

Related Articles