KLI Hotel beri layanan 5 bintang kepada gelandangan

by SM Amin

Menurut Pengurus Pemakanan KLI Hotel, Syed Zulkhairanain, mereka akan memberi layanan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat walaupun mereka daripada golongan gelandangan.

“Jabatan kami akan biasanya akan menyediakan makanan kepada semua pelanggan kami tidak kira mereka daripada seluruh masyarakat di Kuala Lumpur ini dan termasuk gelandangan walaupun mereka seperti hidup tidak sehaluan walaubagaimanapun mereka akan disajikan seperti rakyat Malaysia yang lain.

“Yang mana kita tekankan halal, kebersihan dan kualiti tidak kira mereka dari golongan daripada atasan atau bawah janji dia adalah pelanggan kami dan kami akan layan mereka secara sama rata.” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya sangat berbangga kerana dapat memberi layanan kepada semua golongan masyarakat.

“Kita ambil peluang ini untuk layan mereka juga kerana mereka juga adalah manusia yang perlukan makanan yang sihat, makanan yang bersih.

“Kita memang berbangga untuk memberi layanan kepada semua lapisan masyarakat tak kira mereka dari kehidupan yang bagaimana, kita akan tetap layan dan kami ambil peluang untuk memberi layanan yang terbaik sama ada di dalam hotel mahupun diluar.” ujarnya.

Dalam pada itu, KLI Hotel bersama Darling Idola Kecil 5 akan mengadakan program bersama gelandangan pada malam esok berhadapan CIMB Bank, Jalan Tunku Abdul Rahman.

Related Articles