Kang Gary undur diri dari Running Man selepas 6 tahun bersama

Memetik portal soompi, Gary telah meluahkan hasratnya itu sejak awal tahun ini untuk memberi fokus kepada bidang muzik.

“Sejak awal tahun ini lagi Gary ada memberitahu niatnya untuk tinggalkan Running man kerana ingin fokus terhadap bidang muzik.

“Dia juga ingin meluangkan lebih masa untuk menghasilkan muzik memandangkan dia juga merupakan penyanyi rap kumpulan Leesang.

“Kami telah cuba untuk memujuk dan meminta Gary supaya mempertimbangkan keputusannya namun tidak berjaya,” kata pihak produksi rancangan berkenaan.

Bagaimanapun pihak produksi Running Man tetap menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan berterima kasih kepada Gary sepanjang penglibatannya dalam program tersebut.

“Walaupun sedih namum kami hormati keputusannya dan kami hargai segala usaha yang diberikan oleh Gary sepanjang dalam Running Man.

“Dia merupakan anggota Running Man yang hebat! Terima kasih Gary kerana menjadi anggota tetap Running Man sepanjang enam tahun, Kami pasti akan merindui awak,” ujarnya.

Terdahulu, Gary telah menjadi anggota Running Man sejak tahun 2010 dan penggambaran terakhirnya untuk program tersebut adalah pada 31 Oktober ini.

Related Articles