Terkejut dan kecewa dengan tuduhan tersebut, tambah sedih kata Ammar, sahabat baiknya yang juga pelakon Idris Khan turut mendakwa dirinya sebagai dalang.
Memetik laporan Harian Metro, Ammar mendedahkan dia ada menerima kiriman dua mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada Idris, minggu lalu yang menuduhnya menyebar gambar bogel itu.
“Saya terkejut dan terkilan dengan mesej yang dihantar. Tuduhan itu dianggap melampau kerana saya tidak tahu-menahu mengenai perkara itu. Sepatutnya sebagai kawan dia datang berjumpa dengan saya daripada membuat tuduhan melulu.
“Apa saya boleh jawab kepadanya adalah banyakkan bersabar. Ini kerana saya juga bersabar dengan tindakannya itu. Kemudian, saya terus berdiam diri kerana berasakan perkara itu tidak ada kaitan langsung dengan saya.
“Kawan jenis apa yang sanggup menuduh saya atas kesalahan yang dilakukan sendiri. Kenapa perlu nak mereka cerita sedih dan berlagak baik sehingga mengalih topik dengan mahu mencari dalang kepada masalah ini?,” katanya.
Menurut Ammar, sekiranya orang dalam gambar itu bukan Idris dan Atikah, dia tidak sepatutnya menggelabah dan takut.
Tindakannya itu seolah-olah membuktikan gambar yang tersebar adalah dirinya yang mana akhirnya boleh menjerat diri sendiri.
Dalam masa sama, Ammar mencabar Idris supaya tampil dengan bukti sekiranya dalang yang dimaksudkan itu adalah dirinya.
“Dalam perkara ini dia perlu tampil dengan bukti. Saya cabar dia datang berjumpa dengan saya. Jangan hanya pandai bercakap dan menuduh orang lain saja. Kata orang berani kerana benar, takut kerana salah.
“Saya percaya Idris dan Atikah ada menyimpan gambar itu dalam telefon pintar masing-masing. Mungkin ada pihak lain yang cuba mengenakan mereka atau adakah ini strategi untuk mendapatkan publisiti? Itu saya tidak tahu.
“Apa yang saya tahu ialah saya bukan penyebar gambar bogel itu,” katanya yang kini sudah berhijrah ke Australia dan kini sedang bercuti di tanah air.