Ketua Pegawai Eksekutifnya, David Teo, berkata dakwaan sebegitu dianggap perbuatan tidak bertanggungjawab pihak tertentu serta berunsurkan penganiayaan kepada Atikah itu diharap bakal berdepan tindakan undang-undang.
“Saya bersimpati dengan nasibnya kerana perlu berdepan kembali kontroversi lama. Saya akan memastikan individu yang berhati busuk itu dikenakan tindakan sewajarnya.
“Buat masa ini ,saya dan pihak pengurusan MIG sedang mengumpulkan bukti bagi mencari siapa yang menjadi dalang. Isu terbabit sebelum ini pernah dikaitkan dengan Atikah, sekali gus menunjukkan ia seakan dirancang dan disengajakan bagi memusnahkan kerjaya seninya yang sedang meningkat.
“Tidak kira di mana saja individu itu berada, sama ada dalam atau di luar negara, dia perlu bertanggungjawab di atas tindakan tidak bermoral yang dilakukannya,” katanya memetik laporan BH Online.
Menurut penerbit berkenaan, pihaknya akan menyiasat dakwaan berkenaan dengan terperinci sebelum mengambil sebarang tindakan berhubung kontrak Atikah bersama syarikatnya.
“Perkara ini pernah berlaku sebelum ini. Kami pasti Atikah dianiaya. Setakat ini, kami belum membincangkan isu kontrak, lagi pun dia masih bercuti sempena Raya Haji di Singapura. Benar atau tidak, setiap manusia tidak sempurna,” ulasnya ringkas.
Terdahulu pada Ahad lalu, beberapa foto separuh bogel seorang lelaki dan wanita, yang masing-masing dikatakan mirip Idris serta Atikah tersebar di Internet selepas ia dipaparkan sebuah laman blog.