Isteri Jalaludin Hassan meninggal dunia

Salah seorang menantu beliau mengumumkan berita sedih itu melalui akaun Facebook John Amru Addailami.

Semalam, Hashimah, 63, difahamkan menjalani pembedahan pintasan jantung.

Antara pesanan Allahyarham kepada anak-anak sebelum ini ialah,
“Kalau Allah jemput mama, satu sahaja pesanan mama, jangan sesekali tinggalkan solat dan berbaik-baik, berpakat adik beradik,” kongsi menantu lelaki itu menerusi status Facebooknya.

Jalaluddin dan Hashimah dikurniakan lapan cahayamata semenjak mendirikan rumah tangga pada awal 1980-an, memetik laporan Utusan Malaysia.

Related Articles