Wanita berusia 31 tahun itu berharap dapat melepaskan rindu terhadap anak yang ditinggalkannya kira-kira 10 tahun lalu disebuah rumah kebajikan.
Bagaimanapun, wanita itu berkata, dia tidak akan meminta sebarang bayaran daripada Jolie.
“Saya hanya ingin diberi peluang untuk bercakap dengan Zahara. Saya rasa ia adalah perkara yang sukar.
“Saya hanya mahu melepaskan kerinduan terhadap anak saya dan bukan kerana ingin meminta pelakon itu duit,” ujarnya seperti dipetik Dailymail.
Angelina mengambil Zahara dari sebuah rumah kebajikan di Ethiopia ketika kanak-kanak itu berusia enam bulan.
Bintang Mr & Mrs Smith itu tidak mengetahui bahawa ibu kanak-kanak tersebut masih hidup.
Angelina Jolie mengambil tiga orang anak angkat iaitu Zahara, Maddox dan Pax sebelum dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkahwinan dengan pelakon Brad Pitt