Filem Redha wakil negara di Anugerah Akademi ke-89 (Oscar) 2017 di US

Berita mengenai pencalonan filem arahan Tunku Mona Riza Tunku Khalid itu dikongsi oleh Finas menerusi status yang dimuat naik di laman sosial Facebook di sini petang semalam.

Menurut Tunku Mona, pencalonan itu merupakan satu penghormatan kepada dirinya meskipun filem berkenaan ha­nya mendapat kutipan seba­nyak RM500,000 di pawagam selepas ditayangkan pada 14 April lalu.

“Berita tersebut diberitahu oleh suami dan pastinya saya berasa gembira, bersyukur serta teruja kerana tidak menjangka perkara itu akan berlaku.

“Pencalonan itu juga seperti satu penghormatan setelah usa­ha keras saya membuat kajian selama dua tahun mengenai kehidupan kanak-kanak autisme membuahkan hasil positif,” ujarnya, memetik laporan Kosmo Online.

Beliau mengakui tidak menyangka filem yang membariskan pelakon seperti Nam Ron, June Lojong, Nadiya Nissa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, Susan Lankester selain pelakon kanak-kanak; Harith Haziq dan Izzy Reef terpilih untuk mewakili negara pada Anugerah Akademi Ke-89.

Sebelum ini, filem-filem yang telah mewakili Malaysia di Anugerah Akademi ialah Puteri Gunung Ledang (2005), Bunohan (2013) dan Lelaki Harapan Dunia pada edisi tahun lalu (2015).

Filem Redha yang mengisahkan kekuatan dan pengorbanan pasangan suami isteri di dalam menghadapi cabaran anak tunggal mereka yang menghidap autism.

Related Articles