Elly Mazlein berjaya tuntut nafkah anak

Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan mengeluarkan perintah itu selepas Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanapi, 36, selaku plaintif selesai menjalani prosedur Sulh (perbincangan dalam kamar) dengan defendan, Azmi, 41.

Mahkamah memerintahkan Azmi membayar nafkah RM1,500 setiap bulan kepada anak perempuannya, Putri Zara Sephia kini berusia tujuh bulan secara terus di mana-mana Mahkamah Rendah Syariah di Selangor termasuk Sepang, Shah Alam, Ampang dan Hulu Langat berkuatkuasa hari ini.

Defendan turut diarahkan membayar nafkah persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada anak perempuannya yang mesra dengan panggilan ‘Sephia’ berjumlah RM1,500 setiap tahun.

Sementara itu, Elly Mazlein yang popular dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ketika ditemui di luar mahkamah melahirkan rasa syukur dan tindakannya itu demi kepentingan Sephia.

“Saya cuma nak hak anak saya Sephia, cukuplah apa yang saya hadapi dan diam selama ini. Akhirnya penderitaan saya berbayar,” katanya, memetik Kosmo Online.

Related Articles