15
Majistret, Muhammad Hidayat Wahab memutuskan demikian terhadap pelakon itu tanpa memanggilnya membela diri atas pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwa gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Mengikut pertuduhan, Benjy bersama rakannya, Raja Shariff Hidayahtullah Raja Shariffuddin, 29, didakwa memiliki dadah selepas ditahan dalam satu sekatan jalan raya di Jalan Pagoh-Muar di sini pada 27 Mac lalu.
Benjy yang diwakili peguam bela, Farhan Read, tersenyum lega selepas mendengar keputusan tersebut.
Bagaimanapun, rakannya, Raja Shariff diperintah membela diri pada 3 dan 5 Mei depan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie dalam pertuduhan.
Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azfahanim Rajaluddin. – Sinar Harian