Dia yang tidak mempunyai masalah dengan cukai pendapatan berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) perlu mempertimbang saranannya disebabkan perbelanjaan besar yang diperlukan penggiat seni untuk kekal cantik.
“Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita (membayar cukai). Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini.
“Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri,” jelasnya memetik Utusan Malaysia.
Menurutnya lagi, pelepasan cukai untuk “penampilan diri” baik untuk artis dan selebriti yang bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul di khalayak.
“Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja kami.
“Kalau boleh pihak LHDN pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan dengan khalayak,” katanya.
Sebelum ini pelakon Rozita Che Wan terpaksa melupakan hasrat untuk menyambut ulang tahun kelahiran anaknya di London kerana disekat ke luar negara apabila tidak melunaskan cukai tertunggak dan memohon bayaran itu ditangguhkan, minggu lalu.