Azharina kuasai minggu kelima, Shidi Data tersingkir GV3

Shidi menyampaikan lagu berjudul Ratuku nyanyian asal Awie mendapat markah tercorot daripada juri profesional yang diadili Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Zainal Abidin selaku juri jemputan.

Sementara itu, Azharina Azhar terus memberikan saingan hebat apabila muncul sebagai pemenang Persembahan Pentas Paling Menyengat.

Dia yang menyayikan lagu Berhenti Berharap nyanyian asal Sheila On 7 turut unggul apabila mendapat markah tertinggi diikuti Zarul dan Gmie Screen.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Gegar Vaganza 3 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse.Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Related Articles