Awie failkan pengesahan poligami

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, membuat permohonan itu mengikut Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 12 Februari lalu.

Beliau hadir di Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam pada Khamis bagi mendengar sebutan kes berkenaan di hadapan Penolong Pendaftar iaitu Atrasina Mohd. Zahrullail.

Vokalis kumpulan Wings itu diwakili peguam syarie, Sumaiyah Jamil manakala Nor Azmi Mohd, Arif mewakili Rozana.

Awie dalam permohonannya memohon supaya mahkamah mengesahkan pernikahan poligami antara beliau dengan Rozana pada 20 Jun 2005 yang telah diadakan di Songkhla dan mengikut syarak. – Kosmo! Online

Related Articles