Tindakan itu katanya dianggap satu usaha untuk berkongsi dan berinteraksi dengan peminatnya mengenai perkembangan terkini dirinya.
Ia termasuk cara pembikinan lagu dan album terbaharu milik penyanyi kegilaan ramai berusia 46 tahun itu.
“Saya sudah ada laman sosial iaitu @Anuarzainnetwork yang baharu sahaja saya buka sejak 7 September lalu dan tidak sangka dapat banyak respons dan komen positif peminat.
“Saya banyak berkongsi tentang proses rakaman lagu yang mana ramai rupa-rupanya peminat saya ingin tahu dan bertanya,” ujarnya memetik laporan mStar Online.
Sehingga kini akaun Instagram yang baharu dibuka itu kini mempunyai 13 keping gambar dan sudah mencecah lebih 2000 pengikut.
Dalam perkembangan lain, Anuar baru saja melancarkan album terbaharunya berjudul Anuar Zain. Album tersebut memuatkan lapan lagu seperti Kembali, Andainya Takdir, Cinta Takkan Berakhir, Karena Aku Cinta, Belahan Hati, Hujan, Kembali Padamu Ilahi dan Selamat Malam.