15
Sebelum ini terdapat beberapa laporan mengenai keruntuhan rumah tangganya sejak dia melakukan kemunculan semula dalam industri, namun Amelina, 41, mengambil pendekatan mendiamkan diri.
“Betul, saya sudah pun bercerai dengan bekas suami beberapa bulan lalu. Tetapi butiran lanjut mengenai perceraian kami tidak perlu dilanjutkan kepada umum.
“Jika dulu saya boleh berkahwin secara rahsia, mengapa tidak apabila bercerai ia juga tanpa sebarang publisiti,” ujar pelantun lagu Rindu, memetik laporan Kosmo Online.