Amar, Amyra nikah November ini

Amar mahupun Amyra sebelum ini sering berahsia mengenai hubungan cinta mereka meskipun kerap ditanya mengenai soal itu oleh pihak media.

Menurut laporan Sinar Harian, pengumuman itu dilakukan oleh mereka ketika majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana Clubhouse Gombak, malam Isnin.

Majlis pertunangan kedua-dua pelakon itu akan diadakan pada 22 Julai ini secara tertutup dan hanya dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Menurut Amar, majlis penikahan pula akan diadakan pada 11 November nanti diiringi majlis persandingan sehari selepas itu di sebelah pihak Amyra.

Majlis pihak lelaki pula akan diadakan pada 19 November manakala lokasi majlis masih dalam perbincangan.

Related Articles