Along, Zila cerai talak satu

Along atau nama sebenarnya Nizamudin Ahmad, 33, melafazkan cerai berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Shah Alam pada jam 10.40 pagi.

Along selaku plaintif kes berkenaan memfailkan permohonan perceraian itu pada Isnin mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Along diwakili peguam, Roshan Sujak Rafie manakala Zila pula diwakili peguam syarie, Nurul Aini Yusoff.

Sebelum prosiding bermula, Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dilihat cuba bersalaman dengan suaminya namun ditolak lelaki itu.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

Related Articles