Dikatakan, pernikahan kedua Adi bersama janda anak satu yang berlangsung baru-baru ini dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.
Menurut laporan Harian Metro, usaha mendapatkan komen dari Adi sendiri gagal ekoran panggilan tidak berjawab.
Namun, isteri tebarunya yang berjaya dihubungi melalui aplikasi Whatsapp mengambil pendirian untuk tidak memberikan sebarang komen.
Mengikut laporan portal Astro Gempak, isteri kedua Adi merupakan seorang pegawai di sebuah jabatan kerajaan dan juga dikatakan menjadi rakan kongsi perniagaan sejak setahun lalu.
Adi merupakan suaminya yang ketiga.
Isteri Adi, Aida Yusof bagaimanapun enggan mengulas serta memberikan sebarang komen tentang perkara itu dan menyerahkannya kepada Adi untuk menyelesaikan masalah mereka. Namun Adi pula gagal dihubungi kerana telefon bimbitnya tidak dijawab.
Adi pernah memfailkan fail penceraian terhadap Aida pada 11 Mei 2012 tetapi menarik balik permohonan tersebut pada 21 Mei tahun yang sama.