Abang ipar Linda dan Diana Rafar meninggal dalam pesawat

Ahli perniagaan berusia dalam lingkungan 60-an itu dipercayai mengalami serangan jantung sebelum meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi.

Berita kematian Zainal Osman disahkan oleh adik-adik Anita iaitu Linda dan Diana, yang juga pelakon, melalui laman Instagram masing-masing.

Berikutan kematiannya, jenazah allahyarham kemudian diturunkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai, India untuk dibawa ke sebuah hospital bagi tujuan bedah siasat.

Bagaimanapun, punca sebenar kematiannya masih tidak diketahui.

Difahamkan, Kedutaan Malaysia di India akan membantu urusan membawa pulang jenazah allahyarham ke tanah air, sebelum dibawa ke kediamannya di Seksyen 6, Shah Alam. –Bernama

Related Articles