Mengiringi lagu berkenaan ke pertandingan berprestij itu ialah Terakhir nyanyian Sufian Suhaimi, Sudah Ku Tahu (Projector Band), Selamanya Cinta (Alif Satar & Shila Amzah), Terimaku Seadanya (Misha Omar & Hafiz Suip) dan Ku Rela Dibenci (Aiman Tino).
Tidak ketinggalan berentap pada pentas AJL 31 ialah lagu Di Amaran Mama (Hazama), Obses (Akim & The Majistret), Setia (Elizabeth Tan & Awi Rafael), Kalah Dalam Menang (Mawi & Syamsul Yusof), Hang Pi Mana (Khalifah) dan Anugerah Terindah (Black).
Pertandingan separuh akhir yang menyaksikan 30 karya dipertandingkan menampilkan juri profesional diketuai Datuk Ramli MS selaku ketua juri, AG Coco, Habsah Hassan, Yasin Sulaiman, Azlan Abu Hassan, Edrie Hashim, Johan Nawawi dan Azlan Typewriter.
Minggu lalu, sebanyak 17 lagu dipersembahkan pada separuh akhir pertama manakala 12 lagi menghangatkan pentas Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam tadi.
Lagu dendangan Syamel, Hidup Dalam Mati, yang sepatutnya dipersembahkan malam tadi, bagaimanapun menarik diri.
Penyanyi Amelina, Haiza dan Sarah Fazny menghiburkan peminat sebelum keputusan diumumkan dengan lagu Dag Dig Dug serta Rindu.
Separuh Akhir Muzik Muzik 31 yang disiarkan secara langsung menerusi TV3 menampilkan pasangan Fara Fauzana dan Fizi Hot FM sebagai pengacara. AJL 31 bakal berlangsung pada 22 Januari 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.