SPR mesyuarat Khamis bincang PRK Tanjong Datu

Beliau berkata SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berhubung kekosongan kerusi DUN Tanjong Datu itu pada Selasa berikutan kematian penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem pada 11 Januari, lepas.

Tambahnya, mesyuarat itu akan membincangkan perkara berkaitan urusan PRK DUN Tanjong Datu termasuk tarikh penting seperti Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian Awal, Hari Pengundian serta Daftar Pemilih yang akan digunakan dalam pilihan raya itu.

“Mesyuarat itu juga akan membincangkan persiapan-persiapan lain yang diperlukan bagi melaksanakan pilihan raya itu, katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mesyuarat khas berkenaan akan diadakan di Ibu Pejabat SPR, Menara SPR di Putrajaya bermula 9.30 pagi.

Adenan meninggal dunia kerana komplikasi jantung pada usia 72 tahun, Rabu lepas di Pusat Jantung Sarawak di Kota Samarahan, Sarawak.

Pada Pilihan Raya Negeri Sarawal Ke-11 pada Mei tahun lepas, Adenan yang mendapat 6,360 undi mengalahkan calon PKR, Jazolkipli Numan yang meraih 468 undi, dengan majoriti 5,892 undi.

Adenan adalah penyandang kerusi Tanjong Datu sejak PRN 2006. –Bernama

Related Articles