Selva Kumar setuju dipantau polis, mahu tinggal di Lembah Klang

“Dia memaklumkan kepada kami bahawa dia mahu tinggal di Lembah Klang dan saya ingin memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai dirinya yang tinggal di kawasan tersebut,” katanya.

Khalid berkata, polis mengambil keterangan Selva Kumar ketika tiba di KLIA pada Selasa.

“Walaupun tidak dikehendaki oleh undang-undang negara untuk melaporkan diri kepada polis, Selva Kumar rela dan bersetuju untuk kami memantau dirinya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat jabatan pengurusan Bukit Aman di Hotel Holiday Villa di sini pada Rabu.

Selva Kumar, 56, kembali ke Malaysia selepas menjalani hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan melakukan serangan seksual terhadap puluhan wanita di Toronto, Kanada.

Dia didapati bersalah memberi dadah dan melakukan serangan seksual terhadap puluhan wanita sekitar akhir 1980 dan awal 1990-an dengan menyamar sebagai ejen pemodelan, pengeluar filem atau penari profesional.

Related Articles