Pandikar akan siasat penangkapan Rafizi di Parlimen

 
Pandikar berkata, beliau akan mendapatkan maklumat lengkap berhubung perkara itu sebelum membuat sebarang keputusan.    
 
“Soalnya ialah saya kena ambil maklumat dari pihak berwajib sama ada kedudukan di mana kejadian itu berlaku. Maknanya, di luar pagar sana, di mana kejadian itu berlaku.
 
“Saya mohon ahli Parlimen bersabar dalam saya menyiasat perkara ini yang sebenar. Jangan politikkan isu ini,” katanya ketika sidang Dewan Rakyat kecoh berkenaan tangkapan Rafizi, yang juga Setiausaha Agung PKR.
 
Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Datuk Johari Abdul sebelum itu membangkitkan usul yang mendakwa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah menghina Parlimen ekoran penangkapan Rafizi itu ‘bercanggah’ dengan satu usul berhubung laluan Parlimen yang diluluskan sebelum ini. 
 
Johari merujuk kepada usul yang dibentang oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang diluluskan pada Mac lalu berhubung arahan kepada KPN untuk memastikan laluan menuju ke Dewan Rakyat tidak dihalang atau berlaku kekacauan.
 
 

Related Articles