Ahmad Bashah serah Deklarasi Kedah, tuntut Muhyiddin, Mukhriz dipecat

 
Beliau berkata, deklarasi yang disokong seluruh pemimpin Umno Kedah itu juga menggesa Majlis Tertinggi dan Lembaga Disiplin Umno agar mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilucutkan jawatan parti.
 
“Kami sepakat, mengutuk sekeras-kerasnya dan amat kesal dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang sanggup bersekongkol dengan DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) serta mengepalai Deklarasi Rakyat bersama Lim Kit Siang yang bertujuan menjatuhkan Najib, selaku perdana menteri Malaysia yang jelas bertentangan dengan amalan dan sistem demokrasi, tanpa mempedulikan lesan dan implikasi terhadap perbuatannya itu kepada negara dan rakyat,” kata Ahmad Bashah dalam kenyataan medianya.
 
Deklarasi itu diserahkan kepada Najib dalam satu pertemuan di bangunan sementara Parlimen, pada Rabu.
 
Ia sebagai tindak balas kepada Deklarasi Rakyat yang dilancarkan Mahathir bersama Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Najib, yang dilancarkan awal Mac lalu. 
 
“Kami mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pemimpin Umno yang masih memegang jawatan, khususnya Muhyiddin dan Mukhriz yang bersekongkol dan bersubahat dengan agenda pembangkang untuk menjatuhkan Najib daripada jawatan perdana menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik,” menurut kenyataan itu lagi.
 
Sementara itu, Ahmad Bashah yang ditemui media selepas perjumpaan itu berkata deklarasi itu disepakati malah perjumpaan hari ini turut dihadiri oleh ketua bahagian, ahli Parlimen dan senator Umno Kedah, termasuk ketua pemuda, wanita dan ketua puteri negeri. 

Related Articles