20
Setiausaha Kerajaan negeri, Azmi Rohani berkata, kad seumpama itu tidak pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau mana-mana jabatan negeri ini.
“Penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan di Johor Bahru.
Penafian itu dibuat selepas seorang lelaki menerusi satu akaun Twitter semalam yang memberikan maklumat supaya rakyat negeri ini yang masih belum mendapatkan kad berkenaan boleh mendapatkannya segera.
Susulan itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Asri Khalbi membuat satu laporan di Balai Polis Seri Alam tentang perkara itu pada 9.43 malam tadi.