Jamal direman lima hari kes serbuan rumah urut

Jamal disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan susulan melakukan ‘serbuan’ ke atas sebuah rumah urut di Ampang baru-baru ini. 

Terdahulu, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tiba di kompleks mahkamah pada kira-kira pukul 10.15 pagi, Jumaat.

Sambil tersenyum, Jamal berjalan diiringi anggota polis dan menunggu untuk mendapat perintah itu.

Jamal ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kerana didakwa mencuri di premis berkenaan di Ampang.

Sembilan rakannya juga ditahan pada Rabu malam.

Related Articles