Dakwaan insentif RM2,500 kepada warga emas palsu – KWSP

Menurut KWSP, insentif yang didakwa khusus untuk warga emas berusia 55 tahun ke atas itu disebarkan melalui satu mesej audio WhatsApp.

“KWSP ingin menyatakan bahawa maklumat ini adalah palsu dan insentif yang disebut di dalam mesej itu tidak wujud,” menurut KWSP dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut KWSP, ia memandang serius tindakan tidak bertanggungjawab itu yang dilihat sengaja mengelirukan orang ramai. Sehubungan itu, ahli KWSP dinasihat tidak terpengaruh dengan maklumat palsu berkenaan dan tidak menyebarkan mesej itu.

“Ahli digalakkan supaya mengunjungi laman web KWSP di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 bagi mendapatkan maklumat sahih,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Related Articles